“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq: 2 -3)
Amalkan ayat ini dengan membaca, menghafal dan memahami pengertian yang tersirat disebaliknya. Gantungkan harapan kepada Allah bukan digantung ayat ini sebagai hiasan dinding di rumah. Dibaca bila jiwa resah, buntu, kesempitan, kegelapan, bila rasa takut ada gangguan ghaib, mengharap penyelesaian buat semua permasalahan duniawi….pasrahkan diri kepadaNya, hanya dia yang dapat membuka jalan keluar untuk kita. Bacalah juga selalu atau jadikan sebagai sebahagian doa/wirid harian….kaifiat yang lain-lain tu rasanya ramai yang dah tahu dan boleh beri penjelasan mendalam.
Saya mendengar guru saya berpesan supaya diamalkan doa seribu dinar ini 40 x sehari selama 41 hari…katanya ”maka insyaallah pergantungan kita pada allah semakin mantap…..pertolongan dari semua arah…..” Pada ayat ini ada membawa panduan pergantungan yang mutlak yakni Tawakal kepada Allah…
Tok Guru juga beri pesan….ayat tidak memberi bekas…pergantungan kita bila membaca apa sahaja ayat dan doa hanyalah kepada, siapa lagi, jika bukan pada Tuan Yang Empunya ayat, dan bukan pada ayat itu…boleh faham tak?
Dengar tartib bacaannya (courtesy of Dilla786):


i agree….mohon copy wahai admin blog
boleh saja…silakan
salam..mohon share ya..
Boleh terjemahkan cara bacaannya dalam bahasa malaysia..Contoh: Wa Man…
Assalamu’alaikum,
Bunyi bacaannya lebih kurang begini:
Wa maiyattaqillaha yaj’al lahu mukhrajaw-Wa-yarzuqhu min hai-tsu laa yahtasib…Wa maiyatawakkal ‘alallahi fa-huwa hasbuh…Innallaha balighu amrih…Qad ja ‘alallahu likulli syai-ing qadra…
Terbaik adalah untuk mendengar bacaannya secara tartib dan tartil dari sseorang yang boleh membca al-Quran dengan baik…atau cuba dengar dan perhatikan bacaannya dalam video youtube yang disertakan di atas. Semoga memperoleh manfaat.
mohon ijin … untuk share ya
silakan…
Terima kasih berkongsi. Saya masih lagi tercari-cari ilmu & pemahaman utk saya sentiasa lebih dekat pd Empunya diri. InsyaAllah.
ijin salin ya pemilik blog
alhamdulillah. terima kasih atas perkongsiannya