Do’a/Zikir Pilihan Daripada Surah Al-Baqarah: Do’a Menghadapi Musuh

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.” (QS Al-Baqarah: 250)

Di dalam ayat ini memgandungi do’a yang diucapkan oleh para pengikut Talut (seorang yang beriman di zaman Nabi Daud a.s) yang melawan menentang tentera Jalut yang zalim. Mereka telah diuji oleh Allah s.w.t supaya tidak minum dari air sungai yang mereka temui melainkan sekadar seceduk menggunakan tangan sahaja. Hikmah di sebalik perintah ini adalah untuk memantapkan keteguhan hati dan ketabahan jiwa mereka di dalam menghadapi peperangan yang bakal berlangsung.Tetapi, apabila bertemu dengan sungai tersebut ramai di kalangan mereka yang engkar perintah tersebut dan minum dengan sepuas-puasnya. Apabila melihat jumlah tentera musuh yang hebat, ramai yang jadi lemah semangat dan enggan berperang. Sementara itu, para pengikut Talut yang patuh dengan perintah Allah s.w.t, walaupun berjumlah kecil, tetap teguh berjuang dengan penuh semangat. Mereka telah memanjatkan do’a kepada Allah s.w.t seperti yang tersebut dalam ayat ini.

  1. Do’a ini sesuai digunakan ketika menghadapi musuh di dalam peperangan.
  2. Dibaca ketika menghadapi penguasa kafir yang zalim
  3. Dibaca ketika menghadapi fitnah/tentangan dari kaum kafir.

(Nota Peringatan: Ayat tidak memberi bekas tanpa keikhlasan hati. Hanya cahaya ikhlas yang memancar dari hati yang menjadi penghubung ataupun penentu kemustajaban sesuatu do’a itu. Sebaik-baiknya mintalah dengan penuh tawadhu’ dan ikhlas kepada Tuan Yang Empunya ayat)

About these ads

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in do'a & zikir-zikir amalan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s