Bersama Kiyai Haji Syeikh Ahmad Jamhuri Al-Banjari Al-Makki di Bait Al-DS Kota Kemuning 21 Februari 2011

Up, close and personal bersama KH Syeikh Ahmad Jamhuri al-Banjari al-Makki di Bait al-DS Kota Kemuning…majlis perjumpaan kecil yang sangat bermakna rasanya buat semua ahlul bait DS.  Terima kasih Tok Guru sekeluarga selaku tuan rumah kerana sudi menjemput kami.

Pak Syeikh tiba awal dari Madrasah Al-Jenderami (dengar citer kena ‘kidnap’) bersama-sama anak, menantu dan cucu-cucu beliau…Zawji  siap ambil Nuha balik dari sekolah sejam awal. Berkobar sungguh semangat. Bila kami tiba, rombongan Pak Syeikh sudah sampai, terlepas pula kami solat Asar jamaah bersama Pak Syeikh…anyway, Maghrib dan ‘Isya’ dapat bejamaah sama. Ada yang mengambil kesempatan juga untuk mentahnik anak. Ada ahli siap bawa isteri dalam pantang dan anaknya yang baru lahir baru berusia 2 hari lagi untuk ditahnik.

Tazkirah yang disampaikan oleh Pak Syeikh banyak berkisar tentang bagaimana istimewanya Rasulullah s.a.w itu dan bagaimana kasihnya para sahabat r.a kepada beliau. Perkara ini digambarkan oleh Pak Syeikh dalam qasidah salawat yang Pak Sheikh karang iaitu, Qasidah Cinta Rasul ‘Alaihissolatu Wassalam.

 Tausiyyah Pak Syeikh Ahmad Jamhuri al-Banjari di Bait al-DS Kota  Kemuning:

  1. Kita mestilah memuliakan dan mengasihi Rasulullah s.a.w itu sebagaimana mendalamnya kasih para sahabat r.a kepada beliau. Janganlah kita samakan Rasulullah s.a.w dengan manusia biasa, beliau adalah manusia istimewa yang dipelihara kesucian beliau oleh Allah s.w.t. Hal ini diperlihatkan oleh Pak Syeikh di dalam qasidah salawat yang beliau sendiri karang.
  2. Perbanyakkanlah salawat ke atas Rasulullah s.a.w. sekurang-kurangnya 100 kali sehari atau 1000 kali sehari ataupun lebih.  Semoga mendapat syafa’at beliau dan berada di perkumpulan beliau di Hari Akhirat kelak. Sekiranya benar-benar ikhlas berselawat ke atas baginda, insya-Allah dapat bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w sekurang-kurangnya sekali sebelum meninggalkan dunia ini.
  3. Rajin-rajinlah solat berjamaah. Apabila bersolat jamaah apa-apa kekurangan dan cacat-cela pada solat seseorang individu dapat ditampung oleh kelebihan dan kesempurnaan solat pada ahli jamaah yang lain.
  4. Rasulullah s.a.w berpuasa setiap hari Isnin bagi menyambut hari maulid beliau.
  5. Apabila berselawat ke atas Nabi pada hari Sabtu hingga Khamis, salawat itu akan disampaikan kepada Rasulullah s.a.w oleh para malaikat. apabila kita berselawat pada hari Jumaat, Allah s.w.t sendiri akan memperdengarkan salawat itu kepada Rasulullah s.a.w.
  6. Bacalah Surah Yasin dua kali sehari, pada pagi dan petang. Ini adalah di antara surah yang Rasulullah s.a.w anjurkan untuk dihafal dalam hati kerana insya-Allah akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t segala urusan dan dihilangkan segala kesukaran dalam kehidupan seharian.
  7. Amalan zikir Asma ul-Husna, dengan izin Allah, dapat membantu mengatasi kesukaran di dalam melaksanakan sesuatu urusan.
  8. Apabila orang memberi salam maka tunaikanlah dan sempurnakanlah hak  si pemberi salam dengan menjawab salam itu dengan yang lebih bagus.
  9. Amalkanlah membaca tasbih subhanallah walhamdulillah walaailaahaillahu Allahu Akbar…dengan setiap kalimah tasbih yang dibaca maka sebatang pohon akan ditanamkan di syurga buat kita. Amalkan membaca tasbih ini paling kurang 10 kali setiap selesai solat fardhu. 
  10. Amalkan membaca Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam Al-Busayri selama 40 Jumaat untuk mengatasi sebarang kesukaran di dalam hidup (bagus diamalkan juga oleh pesakit stroke dan lumpuh). Utk mendengar qasidahnya sila klik ke sini….

Ijazah-Ijazah Bersanad yang Disampaikan oleh Pak Syeikh Ahmad Jamhuri Al-Banjari:

  1. Ijazah Qasidah yang dikarang oleh beliau sendiri (Qasidah Cinta Rasul ‘Alaihissolatu Wassalam)
  2. Ijazah Qasidah Burdah al-Shareef oleh Imam Busayri
  3. Ijazah Salawat Kamilah, untuk penenang hati dan dibaca berkali-kali tatkala jiwa rasa berduka-cita (lihat bawah)
  4. Ijazah Kalimah Ikhlas Laa ilaha illallah, dibaca 3 kali selepas solat fardhu
  5. Ijazah Al-Quran
  6. Ijazah Asma’ ul-Husna
  7. Ijazah Pemakaian Serban musalsal  ta’mim bil ‘imamah

صلوات كاملة / تفرجية (Salawat Kamilah/Tafrijiah)

اللهم صلاة كاملة , وسلم سلاما تاما على سيدنا محمدن الذي تنحل به العقد, وتنفرج به الكرب, وتقضى به الحوائج, وتنال به الرغائب, وحسن الخواتم, ويستسقى الغمام بوجهه الكريم, وعلى آله وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك

“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam.”

Selawat Kamilah disebut juga selawat “Tafrijiyyah” yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Kamilah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah  dibaca sehingga 4,444 kali.

KH Tuan Syeikh Ahmad jamhuri Al-Banjari sedang menyampaikan tazkirah

KH Syeikh Ahmad Jamhuri Al-Banjari sedang menyampaikan tazkirah kepada para ahlul jamaah DS. Imej tak clear, almaklum kami dudok jauh kat belakang para ikhwan, pakai cameran hp jer…

sessi bertahnik…baby kat depan tu…

 

Ijazah pemakaian serban…musalsal ta’mim bil ‘imamah…sedang beratur tunggu giliran
 
Zawji tersayang sedang dipakaikan serban oleh Pak Syeikh…

Zawji dan serbannya…

Makan bersama-sama

Sessi merakamkan gambar kenangan bersama-sama dengan Pak Syeikh

 

(Nota Tuan Rumah: Terima kasih banyak dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pak Belalang & Taujihat Akal kerana sudi berkongsi foto, dan juga kepada tuan rumah DS yang sudi menjemput kami…semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dinaungi olehNya dengan penuh keredhaan, rahmat & kasih sayang)

About these ads

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in da'wah, tarbiyah,tazkirah, tasawwuf, daily musings and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s