Kalam Garis & Titik: Sacred Geometry

“Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Baqarah:2)

“Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.” (Al-Ra’d:8)

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya (dengan kadar yang ditetapkan), serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.” (Al-Hijr:29)

Pandangan dan pengalaman manusia melihat sesuatu bentuk yang tampak cantik dan indah adalah disebabkan oleh kebolehan unik otak manusia untuk menangkap dan menafsirkan secara langsung bentuk geometri dalam imej abstrak yang pada mulanya kelihatan tidak tersusun dan kelihatan rawak. Contohnya, kesempurnaan dan keindahan senibina Al-Hambra di Cordova. Taj Mahal di India, Candi Borobudur di Indonesia, Angkor Wat di Champa ataupun keindahan dan kehalusan lukisan Leonardo da Vinci letaknya bukan pada bahan binaan atupun warna-warna yang digunakan tetapi pada kadar ukuran harmoni yang diaplikasikan berasaskan prinsip-prinsip “sacred geometry”.

Apakah itu “sacred geometry”? Secara ringkasnya sacred geometry adalah kaedah arkitektur universal yang digunakan sejak dahulu-kala khususnya didalam pembinaan rumah ibadat seperti masjid, gereja, kuil dan monumen-monumen suci. Ia juga banyak digunakan di dalam kesenian untuk menghasilkan hasil-seni yang berbentuk spiritual dan dianggap suci.

Ahli arkeologi, anthropologi dan ahli geometri menggunakan istilah “sacred geometry” untuk menerangkan sistem falsafah, keagamaan dan spiritual yang mewarnai ilmu geometri di dalam semua peradaban manusia di sepanjang zaman. Selama ribuan tahun para cendekiawan setiap peradaban dunia, tidak kira samada mereka itu ahli agama atau ahli hikmah, pastinya mereka menguasai ilmu sacred geometri ini.

Ilmu ini dikesan sudah wujud sejak zaman Mesir kuno dan mungkin lebih awal lagi daripadanya. Pada zaman Mesir purba, “sacred geometry” digunakan lebih kepada tujuan metafizikal dan mistikal iaitu sebagai penyatuan spritual manusia dengan alam semesta, aplikasi ilmu sihir dan juga untuk memanfaatkan tenaga semulajadi yang wujud pada bumi dan alam semesta. Asal  penggunaan ilmu ini tidak dapat ditentukan tarikhnya, tetapi seluruh peradaban kuno di dunia telah mengaplikasikannya termasuklah peradaban Islam dan juga bangsa Melayu sendiri. Islam telah menerangkan bahawa bangunan yang pertama dibina di bumi adalah Kaabah, pertama kalinya dibina oleh para malaikat atas arahan Allah s.w.t. Kaabah yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15  meter adalah merupakan  satu bentuk sacred geometry yang terpelihara keasliannya memandangkan ianya dibina atas ukuran yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sendiri.

Sistem kosmologi Islam boleh diibaratkan seperti sebuah roda dengan Makkah sebagai pusatnya dan kaabah sebagai titik tengah sekelian alam. Masjid-masjid dari seluruh pelusuk dunia, apabila dihubungkan, diumpamakan sebagai garis kekisi pada roda itu yang bertemu pada pusat roda di tengah, iaitu Makkah. Titik pertemuannya pula adalah Kaabah. Kaabah yang berbentuk kubus itu pula merupakan penanda arah bagi empat penjuru alam-raya dan menjadi simbol titik pertemuan antara hubungan menegak makhluk dengan Penciptanya, dan hubungan melintang makhluk dengan kehidupan yang fana. (phenomenal existence).

Sacred geometry juga digunakan dengan jelas pada lukisan yantra dan mandala Hindu, Tibet dan Buddhism, ukiran bangsa Celtic, Inca, Maya, peradaban China, gereja-gereja lama di Britain dan Eropah, pada binaan dan kesenian zaman megalitik seperti Stonehenge, candi-candi kuno dan lukisan-lukisan orang asli Red Indian di Amerika serta orang asli Aborigines di Australia. Bangsa Melayu tradisional pula banyak menggunakannya di dalam melukis /merajah mantra, isim dan wafaq, dalam pergerakan seni mempertahankan diri silat, pembinaan rumah dan dalam seni ukiran kayu tradisional. Gerak tarian sufi Whirling Dervish oleh Syeikh Jalaluddin Al-Rumi, tarian keagamaan Hindu klasik,  simbol Star of David , simbol Khatamun Nubuwwah, lakaran pentagram, nombor Fibonacci, konsep Golden Mean, simbol-simbol zodiak, kesemuanya berasaskan prinsip-prinsip sacred geometry.

Walaupun kaedah sacred geometry ini amat ketara penggunaannya dari segi keagamaan oleh bangsa Mesir Kuno, Yunani, Hindu dan Yahudi terutamanya melalui ajaran mistik Kabbalah, peradaban Islam telah mengekalkan ilmu yang hampir pupus ini melalui falsafah matematika yang sealiran dengan tradisi Greek yang bersumberkan falsafah Pythagorean-Platonik. Islam telah memurnikan ilmu ini dengan membebaskannya dari sebarang unsur syirik dan khurafat.

Dalam Islam, sacred geometry menjadi suatu wadah cerapan spiritual alam makhluk ciptaan Allah dan segala manifestasi bentuk ciptaanNya yang wujud dalam alam semesta raya ini. Ia boleh dilihat pada seni-bina masjid-masjid, hiasan-hiasan serta lukisan kesenian Islam. Bentuk geometri yang kita lihat menghiasi masjid-masjid lama di merata tempat di dunia merupakan simbolism yang mencerminkan bentuk-bentuk asli/corak dasar binaan kosmos. Perhatikan juga bahawa banyak bangunan-bangunan lama di merata dunia yang masih berdiri utuh kebanyakannya dibina dengan menepati rukun senibina sacred geometry. Malahan kebanyakan masjid lama yang berdiri kukuh walaupun dilanda ribut, gempa-bumi dan banjir dibina dengan menggunakan kaedah sacred geometry- ukuran yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sendiri.

Memandangkan sacred geometry adalah refleksi alam semesta raya, maka kemurnian bentuk dan dinamika keseimbangannya mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk mencapai kesempurnaan spiritual melalui refleksi diri dengan membuka pemahaman yang lebih berstruktur bagi manusia ‘melihat’ ke dalam diri batin sendiri jauh daripada pengaruh dunia yang disekat oleh ruang 3 dimensi dan pelbagai halangan yang berbentuk idea, dogma dan prinsip-prinsip duniawi. Ini adalah berdasarkan prinsip bahawa apa yang ada pada alam semesta (Alam Kabir) juga ada pada diri manusia (Alam Saghir). Jika diperhatikan dengan teliti, diagram-diagram sacred geometry mempunyai sifat yang berbentuk kekal dan tidak berubah, bersinambungan dan universal. Ia juga merupakan manifestasi melihat Satu pada yang banyak, melihat yang banyak pada yang Satu.

(klik pada  imej untuk grafik yang lebih jelas)

(bersambung...)

About these ads

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in divine science: kalam garis dan titik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s