Ayat yang dipetik daripada hadith Rasulullah s.aw ini merupakan moto kepada Syeikh Muhammad Nur al-Khalidi, pengasas Kampung Sungai Chinchin, Gombak dan juga merupakan syeikh khalifah Tariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiah yang ke-35. Beliau yang tersenarai sebagai salah seorang 7 wali Melayu di samping Habib Nuh,Tok Kenali,Tokku Paloh,Tuan Tulis,Sheikh Muhammad Said al Linggi dan Tuan Hussein Kedah al Banjari, adalah seorang yang sangat zuhud, warak dan sering mengingati mati. Ayat diatas diukirnya pada sekeping duit syiling yang akan dibawa beliau kemana-mana saja beliau pergi.
Syeikh Muhammad Nur juga membangunkan banyak kubur contoh di sekitar kawasan Masjid Sg. Chinchin. Tujuannya adalah sebagai peringatan kepada orang yang masih hidup. Sekarang, hanya tinggal satu kubur contoh sahaja yang berada di bahagian luar mihrab Masjid Sungai Chinchin. Ada cerita lain berkenaan dengan kubur contoh ini, nanti saya ceritakan di lain kali.


TERIMA KASIH PADA YANG ESA SEBAB SENTIASA MEMBERI PELUANG PADA KITA UNTUK SALING INGAT MENGINGATI..