Alqamah Revisited

(Nota ni emosi dan comot sedikit….)

 

“Syurga di bawah tapak kaki ibu…”

And this applies to both men and women, sudah berkahwin atau belum.

Tetapi, ingatlah bahawa hadis di atas bukan hanya peringatan buat anak-anak, tetapi ia juga untuk para ibu. Sebagai seorang ibu saya tahu benar bagaimana payahnya hendak mengandung, melahirkan, menjaga dan membesarkan seorang anak. Jadi saya sangat junjung dan sanjung ibu dan saya tidak boleh terima sesiapapun yang menghina dan memperkecilkan ibu saya.

Seorang ibu perlu berilmu dan berhikmah kerana apabila anak-anak sudah dewasa dan melayari hidup masing-masing, hikmah dan pengalaman yang ada pada seorang ibu itulah yang akan menjadi teladan kepada anak-anak dan juga menantu. Tetapi bila seorang ibu terlalu menurut perasaan dan emosi, maka anak-anak juga berada di dalam bahaya. Apatah lagi bila sang ibu senang merajuk dan suka menjeruk perasaan. Bila sang ibu kecil hati, merajuk dan marah maka si anak is walking a fine line between kederhakaan dan keredhaan Allah.

Bagi anak lelaki, mudah baginya untuk mengutamakan perasaan dan kehendak ibunya, sebab itu memang tanggungjawabnya yang tersyariat….bagaimana pula anak perempuan yang sudah berkahwin? Kalau ibunya kecil hati, dia tetap juga berdosa…Berat dia untuk memilih antara ibu dan suami, memang tiada pilihan pun, sebab suami mempunyai hak yang lebih. Jadi kecillah hati sang ibu, maka malanglah  pada anak itu, walaupun bersungguh-sungguh dia berusaha menjaga hati si ibu, bayangan bala jugalah yang datang menanti, apatah lagi jika ibunya jenis yang sensitif dan senang berkecil hati…

Ibu Alqamah tidak mahu maafkan dia walaupun Rasulullah s.a.w sendiri yang memujuk. Bila Rasul mengugut secara berhikmah untuk membakar mayat Alqamah, barulah luluh hati sang ibu mahu mengampunkan sang anak. Itu Alqamah…

Mungkin ada sedikit harapan bagi anak-anak yang tersepit diantara ibu dan suami/ isteri dan ibu walaupun segala bagai hikmah sudah diusahakan/dipergunakan, sang ibu masih kering hati/pentingkan diri sendiri….mungkin tatkala api neraka mahu menyambar tubuh sang anak maka sang ibu yang hati kering akan berubah lembut hatinya…Wallahualam

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in being human, daily musings and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s