Tentang Rezeki Haram dari Perjudian

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: “”Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” ( Al-Baqarah : 219)

‘Ulama sudah bersepakat secara ‘ijma mengharamkan judi. Ingatlah, yang haram tetap haram, samada terlibat secara langsung dengan aktiviti berjudi atau dengan bekerja di premis perjudian.

Tiada justifikasi.

Tentang bekerja memakan sumber rezeki dari perjudian, tiada alasan nanti anak-bini akan kebuluran…bekerja sebagai tukang sapu atau pengangkut najis lebih baik dari bergelumang dengan judi…

Ibu saya adalah ibu tunggal yang bekerja siang-malam mencari rezeki halal, membanting tulang dengan hanya gaji bulanan yang tinggal $200.00 setelah dipotong itu-ini- dan dari jumlah itulah dia membesarkan 3 orang anak, menyara seorang bapa yang sakit dan 3 orang adik-adik yang menganggur. Ibu tak pernah minta personal loan dari bank atau ko-op kerana khuatir akan riba’, hanya untuk membeli rumah kos murah sahaja dia terpaksa mengambil pinjaman bank. Ibu is a very proud woman…dia tidak pernah meminta-minta daripada saudara-mara ataupun menuntut hak nafkah anak-anak dari bekas suami yang tidak bertanggungjawab…Ibu juga bukan jenis yang pandai berniaga itu-ini macam sesetengah wanita kakitangan kerajaan yang ambil masa waktu bekerja jual tudung, make-up, mlm dll…

Benarlah, man yataqillaha yaj ‘alallahu makhrajan wa yar zuqhu min haithu la yahtaseeb… Semasa saya belajar di universiti, duit poket saya seminggu hanya dalam $20-30 sahaja, kekadang hanya $50.00 sebulan, kengkadang tak ada langsung, bayangkanlah! Duit loan JPA lepas tolak yuran dsbnya tinggal kurang dari $600.00 dan itu untuk selama 6 bulan…

Tetapi saya kasihankan ibu jadi saya tak pernah minta lebih, apa yang dapat itulah yang saya cuba stretch as far as I can. Kadang-kadang ada juga lapar sampai 2-3 hari tidak makan tetapi taklah sampai tahap kebuluran. Saya pun bukan jenis kuat makan, jadi saya berserah sahaja kepada Allah dan syukurlah saya berjaya mengharungi hidup sebagai pelajar walaupun kesempitan.

Ibu sudah mengajar jangan meminta-minta atau buat perkara yang haram…well, adalah juga temptation untuk bermain saham, trade forex, terima ajakan kawan kerja di pub/club etc……namun, syukur saya tidak tergelincir. Gaji kecil ibu berkat sungguh dan cukup untuk membesarkan kami anak-beranak, malahan hidup kami sudah jauh berubah dan lebih senang sekarang. Cuma sayang, anaknya yang seorang ini bagaikan tidak mengenang budi sang ibu (ok, ini cerita lain)….  

Have faith in Allah.  Fikirkanlah….bukalah hati because deep down in your hearts, you know this is true. Walaupun dah tergelincir jauh, sekali nyawa belum sampai ke tenggorok, pintu taubat masih terbuka, masih boleh patah balik…Buanglah ego itu… Don’t be afraid kerana Allah sebenarnya amat dekat sekali. Bagi yang terlibat…kasihanilah mereka yang secara tidak langsung terpalit juga onar dari sumber rezeki itu. Percuma sahaja mendapat tambahan talian bala kepada yang sudah sedia ada kerana ingin menjaga hati punya pasal…

Saya amat pelik kerana terkadang keluar juga ayat…” terpaksa bertawakkal dengan Allah berkenaan dengan hal yang sudah tersyariat hukumnya haram kerana tiada pilihan.” Apa ini? Judi itu jelas haram. Again, tiada justifikasi, faqad. Put yourself in my place, kerana saya akan dapat extra…well, itulah…sometimes, ignorance is bliss.

Ada yang kata 3rd party okay jer makan rezeki bersumber judi ni, tetapi cuba bayangkan, anda dan rakan berenang di dalam kolam yang penuh lumpur, then came along a third person, anda hulurkan tangan untuk berjabat and this third person sambut sebab tak mahu mengecilkan hati….terpalit juga lumpur di tangan dia kan?

Janganlah marah dengan saya ya kalau tersinggung dengan nukilan saya ini. Kita sama-samalah saling ingat-mengingati dan mengajak ke arah kebaikan.  Saya redha dan pasrah, nak buat macamana, kasih punya pasal. Jadi saya dengan penuh kasih-sayang, ikhlas mengajak semua ke arah kebaikan kerana hanya ini sahajalah yang mampu saya buat, selain daripada berdo’a untuk kebaikan semua.

Maaf, jika ada yang terasa pedasnya tulisan saya ini…yang haq tetap haq, yang bathil tetap bathil. Marilah kita sama-sama berusaha mensucikan diri dari kebathilan dan semoga kita semua yang berkenaan akan terselamat. Kena yakin pasti ada jalan keluar, mesti yakin…Amin.

 

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in being human, daily musings. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s