Gelengan Kepala Semasa Berzikir

 Hari itu ada seorang kawan bertanya kenapa ada orang yang berzikir itu menggeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan? Bagi orang yang berbai’ah dengan thariqah tertentu, mereka biasanya akan menerima ijazah zikir dengan kaifiyat atau method perlaksanaan yang tertentu bergantung dengan mursyid yang membimbing mereka.

Dari pemerhatian saya, it is something natural bagi orang awam juga yang sedang asyik berzikir untuk melakukan gerakan-gerakan spontan terutamanya mengeleng-gelengkan kepala sewaktu berzikir tahlil tanpa mereka sedari. Guru saya ada beri penerangan yang mendalam tentang hal ini, (suatu hari saya akan minta kebenaran beliau untuk tulis disini), buat masa ini  saya rasa penerangan di bawah mungkin dengan secara ringkas dapat menjawab soalan rakan saya itu.

Mufti Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id Linggi dalam kitabnya “Faraa-idul Maatsir al-Marwiyyah lith Thoriqah al-Ahmadiyyah” `pada mukasurat 56 menulis  :-

Al-Hafidz Abu Nu`aim meriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jalil al-Fudhail bin ‘Iyyadh berkata:- “Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. apabila berzikir mereka menggerakkan badan condong ke kiri ke kanan seperti pohon kayu yang condong ditiup angin kuat.” Inilah di antara cara berzikir untuk keterangan lanjut mengenai cara ini, hendaklah ia menggerakkan tubuh badannya condong ke sebelah kanan memulakan dengan perkataan nafi “Laa” (daripada ayat tahlil La ilaha illa Allah) di sebelah kanan kerana nafsu yang condong kepada kejahatan ada di sebelah kanan. Kemudian menyebut lafaz “Allah” ketika badannya condong ke sebelah kiri, supaya hati menerima segala cahaya dan rahsia lafaz “Allah“.

 

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in do'a & zikir-zikir amalan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s