Sifat 20 (20 Sifat Allah SWT)

Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib.

Sifat wajib pula terbahagi juga empat bahagian iaitu nafsiah, salbiah, ma’ani atau ma’nawiah.

  • Satu Sifat Nafsiah  iaitu berkenaan dengan dzat Allah
  • Allah itu wajib WUJUUD (وجود) bermaksud Yang Maha Ada. Allah itu Wujud yang wajib tanpa awal mahupun akhir.

Disebut sifat ini sebagai Sifat Nafsiah (نفسية), iaitu berkenaan dengan Dzat Allah.

Mengapa Allah bersifat WUJUUD? Allah bersifat WUJUUD kerana ALLAH bersifat:

  • QIDAM (قدم), iaitu Yang Maha Sedia.
  • BAQA’ (بقاء) iaitu Yang Maha Kekal.
  • Mukholafatuhu lil hawadiths  (مخالفته للحوادث), iaitu Tidak MenyamaiNya Dengan Makhluk.
  • QIYAAMUHU BI NAFSIHI (قيامه تعالى بنفسه, iaitu Yang Maha BerdiriNya Dengan Sendiri.
  • WAHDANIYAT (وحدانية)., iaitu Yang Maha Esa. Esa pada dzat, sifat dan perbuatan (af’’al).

Sifat-sifat ini disebut Sifat Salbiyah (سلبية) iaitu, diluar jangkauan pemikiran manusia.

Mengapa Allah bersifat Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiyaamuhu binafsihi, Wahdaniyat? Allah bersifat yang sedemikian kerana Allah mempunyai juga sifat:

  • QUDRAT (قدرة)., iaitu Yang Maha Kuasa.
  • IRADAT (إرادة)., iaitu Yang Maha Berkehendak Menentukan.
  • ILMU (علم)., iaitu Yang Maha Mengetahui.
  • HAYAAT (حياة)., Yang Maha Hidup.
  • SAMA’  (سمع), iaitu Yang Maha Mendengar.
  • BASHAR  (بصر)., iaitu Yang Maha Melihat.
  • KALAM, iaitu Yang Maha Berkata-kata.

Sifat-Sifat ini disebut Sifat Ma’ani. (terjangkau oleh pemikiran manusia tetapi tidak dapat dimengertikan).

Mengapakah Allah bersifat sedemikian? Ini adalah kerana Allah juga bersifat:

  • Wajib bagi Allah bersifat KAUNUHU QAADIRUN, iaitu Berkeadaan Maha Menguasai segala sesuatu.
  • Wajib bagi Allah bersifat  KAUNUHU MURIIDUN iaitu Berkeadaan Maha Menentukan segala sesuatu.
  • Wajib bagi Allah bersifat KAUNUHU ’AALIMUN iaitu Berkeadaan Yang Maha Memiliki segala Pengetahuan.
  • Wajib bagi Allah bersifat  KAUNUHU HAYYUN iaitu Berkeadaan Yang Maha Memiliki Hidup
  • Wajib bagi Allah bersifat  KAUNUHU SAMII’UN iaitu Berkeadaan Yang Maha Memiliki Segala Pendengaran
  • Wajib bagi Allah bersifat KAUNUHU BASHIIRUN iaitu Berkeadaan Yang Maha Memiliki Segala Penglihatan
  • Wajib bagi Allah bersifat  KAUNUHU MUTAKALLIMUN iaitu Berkeadaan Yang Maha Memiliki Segala Kata-Kata

Sifat-sifat ini disebut  Sifat Ma’nawiyah (Terjangkau pada pemikiran manusia dan mampu dimaknakan).

Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allah dan terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:

Istighna’

  • Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
  • Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu datau meninggalkan sesuatu.
  • Sifatnya: wujud, qidam, baqa’, mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama’, basar, kalam, kaunuhu sami’an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.

Iftiqar

  • Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
  • Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu hayyan.

(…bersambung….20 Sifat-Sifat Yang Mustahil Bagi Allah…)

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in da'wah, tarbiyah,tazkirah, tasawwuf, sifat Allah yang 20, Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s