Mari Kita SOLAT

SOLAT adalah jalan pantas setiap hari  yang dapat menemukan seorang hamba secara langsung dengan Penciptanya. Tiada agama dalam dunia ini yang dapat menjamin pengikutnya untuk bertemu & berbicara dengan Sang Pencipta mereka setiap hari secara langsung melainkan agama fitrah, Islam.

(Quran: Al Baqarah 2:43: tetaplah mengerjakan solat dan zakat…)

SOLAT adalah mi’rajnya seorang mukmin, iaitu untuk bertemu ALLAH, sekiranya ada niat lain dalam mengerjakannya  maka matlamat SOLAT yang sebenarnya tidak kesampaian dan SOLAT itu jadi sia-sia sahaja. Sedangkan amalan manusia yang mula-mula dihisab nanti di akhirat adalah SOLAT. Jika ‘cantik’ ibadah SOLAT tersebut, maka mudahlah bagi amalan-amalan lain di hisab.

Jelas sekali, ALLAH tidak akan bertanya berapa gulung ijazah yang kita ada, berapa banyak anugerah dan bintang kebesaran yang kita ada, berapa ternamanya kita di mata masyarakat, berapa banyak emas kita, berapa ramai isteri kita, berapa besar rumah dan kereta kita….

Allah tanya perkara yang sebahagian besar daripada kita kurang ambil endah, kurang usahakan seperti bersungguhnya usaha kita mengejar pangkat dan harta dunia, sering diremehkan…ALLAH tanya tentang SOLAT kita.

Mengapa begitu pentingnya menjaga kualiti SOLAT? Ini adalah kerana SOLAT itu cermin keikhlasan setiap insan, hati dan diri yang berserah serta tunduk sepenuhnya zahir dan batin kepada Rabbul ‘Alamin. Solat yang benar-benar sempurna bertindak sebagai perisai diri dan hati seorang mukmin. Kunci solat yang sempurna adalah ikhlas. Berapa ramaikah diantara kita yang benar-benar dapat menyelami hakikat ikhlas yang sebenarnya? Berapa ramaikah orang yang kita kenal tidak pernah tinggal solat 5 waktu tetapi tetap tenggelam dalam kemunafikan dan kemungkaran?

Analogi pergerakan SOLAT itu adalah diri zahir kita sendiri:

subuh=2 rakaat=kepala dan otak (‘aql)
zohor=4 rakaat=2 kaki 2 tangan
asar= 4 rakaat = 2 mata 2 telinga
maghrib=3 rakaat=rongga mulut dan hidung
‘isyak=4 rakaat= 4 tulang kerat depan belakang

Apabila berkurang satu daripada anggota tubuh maka cacatlah kita…tidaklah  ‘insan kamil’  namanya. Sedangkan pula SOLAT itu adalah haq Allah ke atas diri kita…pertemuan intim 5 kali setiap hari bersama  Pencipta kita…apakah mahu kita sampaikan persembahan yang penuh cacat-cela ke hadrat Sang Raja yang Maha Berkuasa?

Pada SOLAT berhimpun diri kita yang zahir dan batin. Berkesesuaian dengan syarat ilmu fardhu ‘ain yang ada 3 peringkat: fiqh, usuluddin, tasawwuf. Dan rukun SOLAT terbahagi kepada rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbi. Berhimpunnya ketiga-tiga rukun itu membuahkan SOLAT yang sempurna.

Bagaimana pula keadaannya orang yang sudah mencapai ma’rifatullah meninggalkan SOLAT? Umpama Iblis lah orang ini, kenal Allah tetapi engkar denganNya. Secara kasar, walaupun sudah menggapai ma’rifatullah, hukum syari’at tetap tidak berubah ke atas dirinya. Jadi ikutlah sunnah Rasulullah s.a.w, tiada siapa pun yang dapat melebihi beliau hatta seorang wali qutub sekalipun.

Bagaimana mahu khusyuk solat? Mudah sahaja…niat mestilah hendak bertemu ALLAH. Ingat ya, bila niat untuk khusyuk, pasti solat nanti jadi tidak khusyuk. Jadi, niat mestilah diluruskan lillahi ta’ala…

Ingat, peluang berbicara & bertemu secara khusus dengan ALLAH hanya 5 waktu sehari-semalam, jangan persia-siakan.  Inilah pesan yang paling utama saya untuk diri saya sendiri yang sebelum ini selalu meremehkan solat dan sering menzalimi diri sendiri dan pada sesiapa yang sudi mengambil iktibar. Semoga kita beroleh keredhaan, rahmah  dan keampunanNya dunia dan akhirat.

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in da'wah, tarbiyah,tazkirah, tasawwuf, kisah hati and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s