Rumah Sahabat SIDIM (Sahabat Insan & Iman Malaysia): Cahaya Terang di Tepi Jalan Bagi Mereka Yang Kegelapan di Jalanan

Entri ini sempena harijadi bonda tersayang Siti Zaleha Mohd Hasan, yang telah membesarkan kami bertiga adik-beradik dengan penuh kepayahan, kesempitan dan penat-lelah…semoga Allah membalas segala penat-lelah, jasa dan pengorbanan emak dengan penuh Rahmah dan Kasih-SayangNya…

[excerpts dari laman web SIDIM]:

Saban hari berlaku peningkatan pencemaran moral remaja yang kekadang mengerikan. Cerita-cerita remaja bersekedudukan, hamil anak luar nikah, lari dari rumah, minum arak, hisap dadah, terlibat kongsi gelap, melacur, dan sebagainya bagaikan tak berkesudahan. Remaja yang terjebak menghabiskan hidup dengan sia-sia persis haiwan tak berakal. Dunia kotor menjadi sebati sampai ke dalam jiwa. Akhirnya tak ubah laksana bangkai bernyawa.

Menyedari kecelakaan remaja yang menghidap penyakit sosial boleh merenggut iman yang ada, menjahanamkan maruah agama, dan memalukan keluarga, maka langkah-langkah berkesan perlu diketengahkan dan bukan lagi dibahas dan dibincangkan. Justeru Rumah Sahabat SIDIM Bukit Beruntung diusahakan dengan kudrat yang ada demi melihat calar-calar moral remaja ini dibersihkan, digilap, dan dicanai sebaik mungkin dengan nur agama menjadi insan yang berhamba disisiNya.

Rumah kebajikan telah beroperasi 3 tahun. Bermula di Gombak dan kini di Bukit Beruntung. Faktor kesesuaian, fasiliti, dan keselamatan menjadi isu utama perpindahan ini demi melihat keselesaan penghuninya untuk dididik dalam suasana yang tenteram, aman, dan damai. Penghuninya silih berganti, yang datang berjaya dipulihkan dan kembali ke pangkuan keluarga untuk memulakan hidup baru dengan menjauhi perkara lalu. AlhamdulilLah rumah ini telah berjaya memulihkan hampir 280 orang remaja. Remaja ini terdiri daripada penagih dadah, black metal, skin head, murtad, kongsi gelap, kes bunuh, mencuri, sakit jiwa, dan sebagainya.

Kejayaan memulihkan remaja sebegini kembali bertaubat dan rasa berTuhan mendorong pihak kami melihat keupayaan rumah ini dengan lebih besar lagi ke arah menyelamatkan para remaja terlanjur yang ingin kembali ke pangkal jalan. Hasrat suci ini menjadi agak lembab disebabkan kekangan kewangan dan aset lain yang diperlukan. Maka menjadi harapan kepada insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan menyahut agenda perjuangan menyelamatkan umat Islam kini terutamanya remaja yang bakal menjadi tonggak kekuatan negara pada masa mendatang.

Nota lonelymusafir:

Firman Allah SWT:  “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Allah akan membayar kembali dengan berlipat-ganda, dan dia akan memperoleh pula pahala yang besar.” (Al-Hadid: 11)

Sabda RasululLah SAW:  “Setiap matahari terbit, melainkan telah ada dua Malaikat di sebelah kanan dan kiri, yang satu menyeru: Ya Allah! Ya Tuhanku! Kurniakanlah ganti terhadap orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Yang lain pula: Ya Allah! Ya Tuhanku! Berilah kemusnahan terhadap orang yang menahan hartanya.” (Al-Hadis)

Anda ingin membantu/memberi sumbangan? SIDIM amat memerlukan bantuan kewangan dan sokongan daripada anda semua. Sila lawati Laman Web Rumah Sahabat SIDIM untuk maklumat lanjut atau hubungi Ustaz Mohamad Hanafiah 013-6682904 atau emel: hanafi_sidim@yahoo.com.

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in being human, da'wah, tarbiyah,tazkirah, tasawwuf and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Rumah Sahabat SIDIM (Sahabat Insan & Iman Malaysia): Cahaya Terang di Tepi Jalan Bagi Mereka Yang Kegelapan di Jalanan

  1. nak haram says:

    [comment removed.inappropriate language. please try again]

    admin

  2. pakmunakadhang says:

    [comment removed. inappropriate language. please try again]

    admin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s