The Mantle Adorned: Imam Busairi’s Qasidah Burdah Shareef

Qasidah ini merupakan luahan hati seorang pecinta Rasulullah s.a.w, iaitu Imam al-Busairi r.a. Beliau menulis qasidah ini selepas mendapat ilham melalui mimpi. Akibat dari serangan strok yang dialami, Imam al-Busairi r.a telah lumpuh sebelah badannya. Habis sudah ikhtiar beliau untuk mengubati penyakitnya itu. Bermacam-macam usaha telahpun dilakukan dalam membuat rawatan, namun penyakit lumpuh itu tetap juga tidak sembuh. Akhirnya para doktor yang mengubatinya sudah berputus-asa dari merawatnya.

Maka dalam keadaan badan yang sakit ini timbullah satu ilham di hati beliau untuk mengarang sebuah qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah saw. Imam al-Busairi r.a menukilkan qasidahnya dengan hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kerinduan terhadap Baginda . Apa yang dirasakan dalam jiwa beliau semasa menulis ialah semoga dengan berkat memuji Baginda saw, penyakitnya akan disembuhkan oleh Allah swt. Maka sebaik sahaja beliau selesai dari qasidahnya terus beliau tertidur dan beliau bermimpi melihat Rasulullah saw dalam tidurnya.

Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda menyapukan tangannya yang mulia itu di atas badan Imam al-Busairi r.a yang sedang sakit itu dan setelah itu Baginda menyelimuti badan Imam al-Busairi r.a dengan sehelai selendang (Burdah). Sebaik sahaja badan Imam al-Busairi selesai diselimuti oleh Rasulullah saw lantas beliau terjaga dari tidurnya dan beliau mendapati bahawa penyakit lumpuhnya telah hilang.  Dan oleh kerana kesembuhan badan beliau adalah menerusi keberkatan “Burdah” atau selendang yang telah diselimutkan oleh Rasulullah saw ke badan beliau, maka Imam al-Bushiri menamakan qasidah yang baru sahaja diselesaikannya itu dengan “Burdah” ertinya selendang. tajuk panjang qasidah ini pula adalah Kawākib ad-Durrīya fī Madḥ Khayr al-Barīya….

Qasidah ini terdiri dari 165 bait syair yang terbagi dalam 10 bab, yang memiliki mathla’ (bunyi akhiran syair) mim atau disebut mimiyyah. Dimulai dengan kiasan indah terhadap sesuatu, sesuai dengan kebiasaan syair-syair Arab tempo dulu yang memulai bait syairnya dengan kiasan cinta (التنسب). Syair Burdah dibuka dengan penggambaran kesedihan seorang pecinta yang berpisah dengan kekasihnya (1-8).

Pada bagian pertama, al-Busairi berbicara tentang cintanya kepada Rasulullah SAW. Dia berusaha untuk menyembunyikan cintanya tersebut dan kepada siapa cintanya diberikan. Dengan alasan tersebut, dia tidak menyebut nama Rasulullah SAW secara langsung, namun menyebut sebuah tempat berdekatan dengan kota Madinah dan sesutu yang ada di sana. Kerana cinta dan kesetiaannya kepada Rasulullah SAW yang berlebihan, menjadikan jiwanya merasa sangat tenteram dan dia berusaha menunjukkan cintanya tersebut kepada semua orang.

Qasidah Burdah Pt 1:

 

Qasidah Burdah Pt 2:

-courtesy of tr7862002

Nota:sesiapa yang inginkan qasidah burda ini dalam bentuk mp3, bacaan Syeikh Muhammad Mushtaq Atari ( file bersaiz agak besar ada 2 bahagian setiap bahagian lebih kurang 25-30minit), boleh hubungi saya di helwa.asyiqin[add]gmail.com…

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in da'wah, tarbiyah,tazkirah, tasawwuf, do'a & zikir-zikir amalan, quranic verses, poems & songs and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to The Mantle Adorned: Imam Busairi’s Qasidah Burdah Shareef

  1. Pingback: Bersama Kiyai Haji Syeikh Ahmad Jamhuri Al-Banjari Al-Makki di Bait Al-DS Kota Kemuning 21 Februari 2011 « The Lonely Musafir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s