God’s Particle atau Zarah Higgs (Higgs Boson), Jirim & Anti-Jirim (Matter & Anti Matter) dan (Jirim Gelap) Dark Matter I

Ahli fizik zarah sedang berusaha untuk menentukan keberadaan zarah higg, atau apa yang digembar-gemburkan (dengan salah) oleh media massa barat sebagai god’s particle.

Partikel ini,  secara logika sains, wujud tetapi sangat elusive atau tidak ditemui  keberadaannya kerana ianya sangat seni dan halus. Istilah god’s particle itu timbul sebagai gurauan dikalangan mereka yang atheist. Media massa pula mengambil kesempatan untuk mempopularkan lagi istilah god’s particle ini.  Ianya dipopularkan lagi ke seluruh dunia oleh Dan Brown di dalam novelnya Angels & Demons. Namun, para saintis telah menolak istilah ini dan menamakannya Higg Boson ataupun Zarah Higg bersempena nama penemunya, Peter Higgs.

Apakah sebenarnya zarah higg dan mengapa saintis berusaha untuk menemukannya?

Kita mulakan dengan soalan ini: Apakah yang menentukan saiz dan bentuk fizikal diri kita dan alam sekeliling kita?

Jawabannya terletak pada saiz molekul-molekul yang terbentuk daripada zarah-zarah atom. Apakah atom? Atom adalah unit terkecil sesuatu unsur yang terdiri daripada sebuah nukleus yang dikelilingi oleh gumpalan elektron.

Hypothesis zarah higg menyatakan bahawa zarah higg  sejenis partikel (zarah) yang menjadi mekanisme yang menyebabkan terbentuknya jisim pada sesuatu zarah yang lain yang bertembung dengannya.

Jirim (matter) terdiri daripada molekul-molekul atom. Atom yang terdiri daripada gumpalan elektron-elektron (electron clouds) yang berukuran lebih-kurang 100,000, 000 kali lebih kecil  dari 1 cm dan nukleus yang bersaiz lebih kurang 100, 000 kali lebih kecil daripada saiz gumpalan elektron itu. Nukleus pada atom pula terdiri daripada zarah-zarah proton dan neutron. Setiap zarah proton atau neutron berjisim 200, 000 kali lebih besar daripada jisim zarah elektron.

Saiz sesuatu atom bergantung kepada pergerakan gumpalan elektron yang meng-orbit nukleus atom tersebut. Saiz pergerakan itu pula bergantung dengan saiz elektron yang mengelilingi nukleus. Lebih kecil jisim zarah elektron itu maka lebih kecil pula pusingan orbitnya mengitari nukleus dan apa yang kelihatan pada pandangan kita juga adalah lebih kecil. Oleh itu, dengan mengetahui jisim elektron, kita dapat tahu keadaan saiz dan dimensi semua perkara di sekeliling kita. Bolehlah dikatakan bahawa kuantiti sesuatu jirim itu terdiri daripada jisim-jisim elektron.

Elektron adalah zarah yang paling ringan manakala zarah yang paling berat dipanggil top quark, yang beratnya  200, 000 kali  daripada lebih elektron.

Para ahli fizik memahami kenapa saiz nukleus begitu kecil. Sekarang ini, yang tidak diketahui adalah bagaimana zarah boleh berjisim. Selagi jawaban kepada persoalan ini tidak ditemui, maka selagi itulah anasir-anasir sesuatu jirim (matter) tidak diketahui.

Kenapa hari ini saya menulis tentang higg boson?  Saya bertemu dengan suatu penerangan menarik yang berkaitan dengannya sewaktu menelaah  Futuhat al-Makiyyah.  Pada pendapat saya, penemuan Peter Higg ini adalah suatu penemuan yang fitrah.  Mungkinkah zarah higg itu adalah apa yang sering disebut Allah swt di dalam Al-Quran sebagai haba’ ataupun bahasa kasarnya debu/habuk halus berterbangan?

Di dalam Futuhat al-Makiyyah, ada disebutkan tentang haba’ ini.  Terjemahan di dalam Bahasa Melayunya lebih kurang berbunyi:

“…..[menurut ‘Ali bin Abi Talib]…..unsur ini bertaburan dalam bentuk aslinya, dan tiada bentuk yang terlepas daripadanya kerana anasir yang dipanggil habuk ini membentukkan bentuk rupa.. Ia ada dengan setiap bentuk oleh hakikatnya. Ia tidak boleh dipecahkan ataupun dinyatakan secara pengurangan. Ia seumpama keputihan yang wujud pada setiap benda putih oleh zatnya dan hakikatnya. Tidak dikatakan ada pengurangan keputihan menurut kadar benda itu menerima keputihan. Ini menyerupai keadaan unsur ini.”

Di dalam surah Al-Furqan, ayat 23:

“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.”(Al-Quran, 25:23)

Haba’ adalah debu seni ataupun habuk yang membentukkan rupa….bukankah menurut pandangan ahli fizik zarah bahawa semua zarah, kecuali zarah photon (cahaya), apabila berinteraksi dengan zarah higgs maka terbentuklah jisim?

(bersambung…more updates…tell me what you’d think about this…)

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in divine science: kalam garis dan titik and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s