Kalam Garis & Titik: Hukum Sunnatullah & Sacred Geometry

Asas alam makhluk ini adalah getaran (vibration). Getaran pertama yang bermula dengan kalam perintah Allah, KUN…maka jadilah…

Titik dan garis geometri pula adalah bentuk visual yang termanifestasi daripada tenaga getaran…  kalam yang mempunyai bunyi dan  bentuk yang terhasil menurut ketetapan Sunnatullah yang sempurna, tidak berubah kadar ukurannya dan tidak terhad realitinya oleh masa dan ruang. Tenaga getaran yang melahirkan RASA.

“Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Baqarah:2)

“Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.” (Al-Ra’d:8)

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya (dengan kadar yang ditetapkan), serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.” (Al-Hijr:29)

Sebelum melangkah lebih jauh di dalam mengeksplorasi kalam yang berbentuk dan berbunyi ini, kita perlu benar-benar faham bahawa Hukum Sunnatullah adalah berbeza dengan Hukum Ketetapan Allah Azzawajalla.

Hukum Sunnatullah adalah bahasa ‘programming’ yang dicipta dan digunakan oleh Allah s.w.t untuk menciptakan makhluk.  Hukum ini bersifat amat universal dan boleh dipelajari serta dikaji oleh sesiapapun yang berakal. Untuk memahami perjalanan Sunnatullah dengan lebih mendalam, maka perlulah kita mengenal apa dia sifat-sifat Allah yang 20.

Getaran akan menghasilkan rasa (unsur yang mempunyai bentuk dan bunyi). Untuk bunyi dan bentuk terhasil dari sebuah getaran, diperlukan pula sumber  pencetus dan penerima. Sedangkan bahasa ‘programming pula’ (Hukum Sunnatullah) diperlukan untuk mengatur arus aliran dari sumber ke penerima. Jika kehidupan ini wujud berdasarkan getaran, maka hukumnya perlu ada/wujud pencetus getaran itu. Di sini, Pencetusnya tidak lain adalah Zat yang mempunyai sifat Wujud (sifat yang pertama atau nafsiah), Qidam (Awal/Sumber dari segala sesuatu),  Baqa’ (tidak pernah berubah), Mukhalafatuhu lil hawadis (tidak sama dengan makhluk), Qiyamuhu Binafsihi (berdiri pada zat Nya sendiri) dan Esa (Tunggal, tiada dua Nya). Penerimanya pula adalah Ruh.

Contohnya, sebuah telefon bimbit. Untuk ia nya berfungsi dengan baik, sebuah telefon bimbit memerlukan bateri yang sudah di-charge penuh dan sim-card sebagai tanda identifikasinya atau penanda unik identitinya. Sekiranya bateri telefon itu kehabisan tenaga dan sim-cardnya ditanggalkan, maka telefon bimbit itu umpama orang mati yang sudah kehilangan tenaga hayat dan dilepaskan ruhnya. Jadi, RASA hanya timbul apabila ketiga faktor (telefon, sim card dan bateri) menyatu. Orang yang tidur pula diibaratkan sebagai telefon bimbit yang berada dalam keadaan stand-by, tenaganya masih ada tetapi Ruhnya berada di dalam genggamanNya….”

Bolehkah kita melihat Sang Pencetus Getaran ini? Untuk soalan ini, Allah Rabbul ‘Alamin telah menjawabnya melalui peristiwa permintaan Nabi Musa a.s ingin melihat ZatNya dengan mata kasar. Diterangkan di dalam al-Quran surah al-A’raf, ayat 143 bahawa nabi Musa a.s. diseru oleh Allah ke Bukit Thur Sina untuk menerima wahyu Kitab Taurat. Selama 40 hari 40 malam Nabi Musa a.s bermunajat untuk menerima wahyu Allah. Sesudah menerima wahyu itu maka timbul pula keinginan Nabi Musa a.s untuk melihat Allah.

Nabi Musa a.s bermohon: “Ya Allah! berilah kesempatan kepadaku melihatmu”. Allah menjawab: “Engkau tidak dapat melihat-Ku wahai Musa, tetapi cubalah engkau lihat ke gunung itu. Sekiranya gunung itu kukuh di tempatnya itu, engkau tentu dapat melihat Aku. Kemudian Allah memperlihatkan diri-Nya terhadap gunung itu. Apabila Allah memperlihatkan diri-Nya kepada gunung itu, maka gunung itu menjadi cair dan lenyap sama sekali dari permukaan bumi. Melihat peristiwa kehancuran gunung itu, maka Nabi Musa pengsan. Sesudah Nabi Musa sedar, maka terus Nabi Musa sujud dan meminta ampun.

Oleh kerana hukum fizik menyatakan kesemua makhluk adalah wujud berdasarkan getaran maka ini bererti anggota tubuh kasar kita ini termasuklah mata kita ini adalah getaran semata-mata. Untuk melihat sumber pencetus getaran ini, maka segala bentuk getaran yang ada  perlulah disingkap ataupun dihilangkan. Kalau luluh segala jenis bentuk getaran, maka jasad kasar kita ini juga akan turut sirna. Tanpa mata dan jasad, bagaimanakah kita mampu untuk melihat?

Lenyapnya segala bentuk getaran ini boleh digambarkan dengan bukaan portal black hole, titik pusaran hitam yang menyedut apa sahaja yang ada di sekitarnya termasuklah cahaya. Ianya ibarat sebuah getah pemadam hitam besar yang memadamkan dan menghapuskan kesemua tulisan-tulisan yang ada pada setiap helaian mukasurat. Yang tinggal adalah kekosongan. Dari ADA kepada TIADA. Maka apa yang tinggal? Yang tinggal hanyalah WUJUD ZAT YANG MAHA ESA sahaja semata-mata.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

 “Aku pernah bertanya kepada Malaikat Jibril, pernahkan engkau melihat Tuhanmu ya Jibril?. Jibril menjawab: Di antara aku dan Allah ada 70 lapis dinding yang terdiri daripada cahaya. Bila aku melihat kepada lapisan cahaya yang paling luar, aku pasti terbakar ”. (Hadith Riwayat at-Tabrani).

Untuk melihat ZatNya…maka kita perlu hilang getar, hilang rasa…jasad luluh, fana’…fikirkanlah dan bayangkanlah keadaan Nabi Musa a.s apabila melihat keagungan dan kebesaran  Allah mentajallikan DiriNya pada gunung dan gunung itu menjadi luluh, cair lenyap…

Ada sesetengah ahli fizik quantum mengatakan bahawa realiti kehidupan ini hanyalah berbentuk hologram sahaja dimana rekod asalnya ada di dimensi yang lain di atas kita (The Holographic Universe), dan rekod ini boleh di-akses oleh sesiapa yang sudah mencapai kesedaran hakiki.  Bagi kita orang-orang Islam yang beriman, maka wajiblah pula kita percaya bahawa apabila Allah Azzawajalla berkehendak membuat sesuatu, maka Dia membuat ceritanya, menyimpannya dalam Lauhul Mahfuz lalu memprogram dan mewujudkan cerita itu melalui getaran…maka dengan adanya getaran ini, muncullah RASA, atau apa yang ahli fizik  panggil sebagai UNSUR (MATTER).

Apabila kita mula memahami Sunnatullah kehidupan ini dan melihat bahwa tiada apa yang berlaku dengan tidak disengajakan dan coincidental, maka mudahlah pula bagi kita untuk memahami asal mula Adam  a.s atau Maryam r.a yang mengandungkan Nabi Isa a.s tanpa bapa…..Mudahlah pula bagi kita untuk memahami pengertian di sebalik  “Kun Fa Yakun” dan apa yang terkandung diantara Kaf dan Nuun….menyelami rahsia titik yang berada di bawah Ba’ dan rahsia titik yang terkandung di dalam Nuun….rahsia kalam garis dan titik yang membentuk alam makhluk kehidupan kita ini.

Semua kod-kod garis dan titik yang membentuk alam semesta ini dan segala apa yang wujud di dalamnya ada terkandung di dalam Kalamullah yang mulia iaitu Al-Quranul Karim. Bagi salik yang baru memulakan perjalanan…disinilah titik pertama pencarian anda di dalam mengenal diri…selamilah isi kandungan Kalam Agung ini maka akan bertemulah jawapannya di sebalik garisan-garisan yang berasal dari tegaknya huruf ALIF. Alif yang termanifestasi dari titik yang pertama, kun yang pertama…carilah apa yang ada disebalik titik itu….maka akan bertemulah apa yang dicari.

_____________________________________________________________________________________________

artikel siri kalam garis dan titik is a tribute to Prof. Dr. Abdul Majeed Mackeen..the teacher who  opened the door to the heart for me…

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in da'wah, tarbiyah,tazkirah, tasawwuf, divine science: kalam garis dan titik and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s