Daniel Streich: Seteru Islam Yang Akhirnya Bertemu Hidayah

Ahli politik Switzerland Daniel Streich sangat  memusuhi Islam dan merupakan ahli  parti SVP (Swiss People’s Party) iaitu sebuah parti politik yang sangat aktif melancarkan kempen-kempen politik anti-Islam di Switzerland sehinggakan kempen ‘Anti-Menara Masjid’ yang dilancarkan oleh SVP menyebabkan kerajaan Switzerland telah meluluskan undang-undang pengharaman sebarang pembinaan menara masjid di Switzerland pada tahun 2009. Sentimen anti -islam dan ‘istiqamah’ perjuangan anti-Islam Streich itu telah menempatkan dia kedudukan yang tinggi dalam Swiss Army.

Tetapi, masya-Allah….dia telah diberi hidayah oleh Allah ta’ala dan akhirnya memeluk Islam! Alhamdulilah…

Streich adalah seorang ahli politik berfahaman konservatif dan juga merupakan seorang penganut Kristian Katholik yang taat, rajin membaca Bible dan tidak pernah ponteng menghadiri mass di gereja pada hari Ahad.

Dia cuba mengkaji Islam dengan harapan untuk mencari kelemahan Islam untuk dieksploitasi dan dijadikan senjata untuk menentang Islam. Tetapi perkara yang sebaliknya yang berlaku….pada tahun 2007 Streich pula yang ‘ditawan’ oleh Islam. Beliau menerima hidayah dan akhirnya menjadi seorang Muslim yang taat. Selama 2 tahun beliau menyembunyikan berita tentang pengislamannya sehinggalah beliau keluar dari SVP pada tahun 2009 dan mengumumkan berita itu kepada orang awam. Ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada parti SVP dan kerana seorang ahlinya yang begitu konsisten berjuang anti-Islam akhirnya memeluk Islam dengan tiba-tiba!

Baginya Islam memberikan jawaban-jawaban yang logikal kepada persoalan-persoalan berkenaan kehidupan yang tidak dapat diberikan oleh ajaran Kristian. Streich sekarang aktif berkempen untuk mempromosi toleransi agama dan keamanan sejagat. Beliau juga sekarang ini sedang berusaha untuk membina masjid yang kelima di Switzerland.

Alhamdulillah…segala puji-pujian kepadaNya.

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in daily musings and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s