Kisah Bacaan Yasin ‘Mengundur’: Ghibah Harian Metro

Janganlah cepat melatah. Janganlah cepat menghukum orang sesat.

Harian Metro has a big apologizing to do. BIG TIME apologizing….

Bacaan Yasin mengundur yang digembar-gembur oleh akhbar tabloid itu adalah bacaan Surah Yasin 7 Mubin. Bukanlah surah Yasin itu dibaca terbalik ataupun mengundur dari ayat akhir hingga awal. Dalam blog http://darulsaka.blogspot.com (awas! sang pemfitnah ada mereka-reka banyak blog palsu darul saka) ada penjelasan tentang khaifiat dan khasiat Yasin 7 Mubin ini untuk tujuan pengubatan dan hajat. Tetapi kalau budak dua orang yang kat dalam laporan harian Metro itu betul-betul baca terbalik, dari belakang ke depan,  memang mereka berdualah yang sesat, tak ada kena-mengena dengan guru mereka. Mungkin bengap sangat kot tak faham apa yang telah dipelajari.

Hari ini, akhbar tabloid Harian Metro telah menjadi alat penyebar berita fitnah/ghibah tentang Pusat Rawatan Darul Saka yang terletak di Kota Kemuning. Disebabkan oleh beberapa pihak tertentu yang sudah lama menyimpan perasaan dengki dan khianat, setelah puas menabur fitnah di internet maka pihak tersebut telah memfitnah Pusat Rawatan Darul Saka dengan mengatakan ia menyebarkan kegiatan yang sesat di sisi Islam. Yang jelas dari laporan artikel di dalam akhbar tabloid tersebut, banyak kenyataan berkenaan dengan Pusat Rawatan Darul Saka telah diputar-belit maksudnya. Tuduhan sesat yang dikeluarkan oleh Harian Metro itu adalah satu tuduhan yang berat kerana ia jelas menjejaskan imej dan kredibiliti Pusat Rawatan Darul Saka yang telah lama menawarkan khidmat rawatan perubatan alternatif kepada masyarakat. Bukan setakat nama Pusat Rawatan Darul Saka yang terjejas, nama baik ahli-ahlinya juga turut terjejas. Ini bukan tuduhan kecil, tetapi tuduhan besar. Nampaknya tabloid pun boleh menjatuhkan hukuman sesat ke atas orang. Lebih berat pula ke atas orang-orang Islam pembaca tabloid yang percaya sahaja berita fitnah ini tanpa usul-periksa.

Tidak pernah pun saya dengar pengasas Darul Saka,  yang lebih dikenali dengan mesra oleh ahli-ahli Pusat Rawatan Darul Saka dengan gelaran Tok Belagak, menyuruh anak muridnya untuk tidak menunaikan solat tarawih ataupun tidak bersolat jamaah di masjid/surau. Seingat saya, Tok Belagak berpesan kepada kami suami-isteri pada Ramadan  yang lepas untuk memperbanyakkan salawat kepada Rasulullah s.a.w dengan ikhlas pada malam-malam terakhir Ramadan sebagai satu usaha untuk mengharapkan keberkahan Lailatul Qadar.

Sepanjang saya dan suami  bersama Pusat Rawatan Darul Saka, tak pernah pula Tok Belagak suruh kami berbuat sesuatu yang melanggar hukum syarak, malahan beliau menyuruh kami untuk mengerjakan segala amalan yang telah disyariatkan oleh Islam, mengikut Sunnah dan berpegangkan Al-Quran.  Solat fardhu 5 waktu, perbanyakkan zikrullah, tawakal dan tawadhu, menghadirkan ikhlas dalam niat, perbuatan dan perkataan…jangan mensyirikkan Allah, berserah kepada Allah….inilah yang kami dapat dari Tok Belagak…Alhamdulillah, hidup kami sudah banyak berubah. Sesatkah kami ini? Syirikkah kami ini? Kalau berbuat sebegini dikatakan sesat, maka seluruh umat Islam pun sesatlah juga agaknya….Sampai hati sungguh wartawan Harian Metro yang menulis artikel itu menyebarkan berita tohmahan palsu dan ghibah kepada masyarakat. Anda perlu minta maaf secara terbuka kepada kami semua.

Ada juga yang tidak puas hati dengan mengatakan Tok Belagak memperlekehkan bacaan ruqyah…cuba baca betul-betul apa yang dimaksudkannya itu. Tidak sekali-kali beliau merendah-rendahkan ayat-ayat Al-Quran. Cuba pergi sendiri berjumpa Tok Belagak dan tanyalah sendiri daripadanya. Renungi juga  sedalam-dalamnya apa yang dimaksudkan Tok Belagak dengan AYAT TIDAK MEMBERI BEKAS….

Bagaimanapun, Alhamdulillah…semua ini adalah rahmat di sebalik dugaan yang datang kerana tukang-tukang ghibah itu sudahpun terjerat dengan permainan sendiri kali ini….Dahulu mereka memburuk-burukkan nama Tok Belagak di sana-sini. Bila orang tak ambil peduli, mereka memfitnah dengan menggunakan media massa. Maka dengan ini mereka telah memburukkan dan menjatuhkan maruah setiap ahli Pusat Rawatan Darul Saka juga…kebatilan para pemfitnah yang busuk hati ini akhirnya pasti akan terserlah jua.

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

 

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in daily musings and tagged , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Kisah Bacaan Yasin ‘Mengundur’: Ghibah Harian Metro

  1. aman says:

    minta maaf jika sy ada terlibat dlam fitnahan ini.. stiap manusia pasti mlakukan kesalahan.. syukran..🙂

  2. mustaqim says:

    ini namanya fitnah akhir zaman, hmetro ialah sebuah akhbar tabloid, maka segala isi dalam akhbar itu juga lebih kepada kontroversi dan bukan fakta. Tujuannya melariskan akhbar tetapi dalam masa yang sama juga menyebar fitnah. Maka tidak hairanlah ramai warga Malaysia meluat baca akhbar ini

  3. Anah_Azzahra says:

    METRO..DALAM 10 cerita dia bagi tahu sat Malaysia ni..belum tentu satu pon betul…silap-silap hari bulan 10 tu cerita org munafik je!

  4. kak minah says:

    salam,
    saya ingin bertanya tntg perubatan alternatif nie..sbb sy mmg kurg percaya ttg perubatan yg mcm nie..
    saya nak tanye pasal minyak pengasih? boleh ker kita amalkan untuk menjaga dan menyelamatkan rumahtangga kita?..hanya untuk tujuan yang baik, dan minyak itu juga menggunakan ayat2 al-quran.

    mintak penjelasan dr yang lebih arif

    • helwa says:

      Assalamu’alaikum warahmatullah,

      Berdasarkan kaedah fiqh “al aslu fi al ashya’ ibahah”, maka hukum asal sesuatu perkara adalah harus, selagi tiada perkara yang melanggar syariat dilakukan.
      Oleh itu, dibolehkan bagi bagi kita untuk mengamalkan apa jua jenis rawatan sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit samada secara menerima rawatan dengan dengan doctor-doktor konvensional di hospital ataupun dengan jalan rawatan alternatif seperti Ruqyah,Tib Nabawi, Tib Jawi, TCM, Homeopathy, Ayurveda dan sebagainya. Begitu juga dengan mengamalkan ayat-ayat al-quran sebagai doa bertujuan untuk syifa’/healing dan juga dengan niat lain contohnya untuk mengeratkan dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan, persahabatan dan menjamin keharmonian hubungan suami-isteri.

      Namun perlu ingat bahawa titik utama penentu halal-haramnya sesuatu amalan itu adalah bermula dari NIAT. Walaupun segala amalan yang dilakukan bertepatan dengan hukum syarak, jika diamalkan dengan sengaja untuk memuaskan nafsu sendiri seperti membalas dendam, dengki, khianat, merosakkan perhubungan sesama manusia maka amalan tersebut adalah menyalahi syariat Islam, maka hukumnya adalah dilarang dan haram, walaupun puan menggunakan ayat Al-Quran. Apa jua perbuatan yang dilakukan demi kepuasan nafsu sendiri, tiada jaminan untuk selamat dari permainan syaitan yang direjam.

      Bagi saya, ubat pengasih yang paling mujarab adalah solat dan selawat. Solat adalah adalah talian ‘broadband’ kita dengan Alah swt. Mintalah Allah beri petunjuk dan buka jalan keluar, mintalah Dia lontarkan perasaan mahabbah, redha dan cinta di dalam hati kita… perbaiki dan perkemaskan solat fardhu, lakukanlah solat hajat, tasbih dan tahajud serta perbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah s.a.w. Sangat besar rahsia selawat ini, banyak manfaat dan fadhilatnya.

      Semoga Allah azzawajalla sentiasa memberikan kita semua ma’unah dan jalan keluar dari apa jua jenis kesukaran dan permasalahan seharian. Insya Allah, pasti akan sentiasa ada jalan keluar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s