Renungan Jumaat: Keistimewaan Sawm/Berpuasa Dalam Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Di dalam bulan-bulan lain Allah membalas amalan hambaNya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah swt akan membalas amalan hambaNya 70 kali. Perbanyakkanlah istighfar pada setiap pagi dan petang Bulan Rejab.

Amalan terbaik yang boleh dilakukan dalam bulan Rejab adalah sawm/berpuasa. Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Isra’ dan Mikraj) seolah-olah seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah/infaq seumpama puasa 1,000 tahun. Beramallah dengan ikhlas dengan hati yang mengharapkan keredhaanNYA.

Kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah swt serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah swt dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka…

Puasa 4 hari – diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari – aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari – Allah swt mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari – Allah swt membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari – Keluar dari kuburnya lalu menyeru kalimah tauhid “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari – Allah swt memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari – Saidina Ali r.a berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari – Saidina Ali r.a berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari – Allah swt mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali r.a berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari – Dapat melihat wajah Allah swt di dalam syurga dan di kalangan orang-orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari – Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari – Allah swt mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Bagaimanapun, yang lebih terbaik adalah mengistiqamahkan amal-ibadat dan berlumba-lumba untuk berbuat kebajikan dengan ikhlas semata-mata mengarap keredhaanNYA, tidak kira waktu mahupun masa sepanjang hayat kita di alam duniawi ini…..

ilahi anta maqsudi wa rehoka matlubi….

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in da'wah, tarbiyah,tazkirah, tasawwuf and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s