Darul Saka, Tok Belagak & Penyakit Hati Manusia

‘Tok Belagak’ nafi sebar ajaran sesat

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
ainuddin.salehuden@utusan.com.my
SHAH ALAM 2 Ogos – Pengamal perubatan tradisional, ‘Tok Belagak’ menafikan dakwaan bahawa dia menyebarkan ajaran sesat seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan serta beberapa laman web sebelum ini.
Dia yang enggan mendedahkan nama sebenarnya berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana kaedah pengubatan yang diamalkannya adalah menggunakan ayat-ayat suci al-Quran.
“Hanya Jawatankuasa Fatwa negeri diberi kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu mengamalkan ajaran sesat atau tidak.
“Tidak adil sekiranya saya dituduh sebagai penyebar ajaran sesat sedangkan pihak berkuasa tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Pada 30 Julai lalu, sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis pusat rawatan tradisional, Darul Saka yang diasaskan oleh ‘Tok Belagak’ kerana disyaki mengajar agama tanpa tauliah.
Tuduhan terhadap ‘Tok Belagak’ timbul sejak Mac lagi apabila sebuah akhbar tempatan menerbitkan laporan yang mengaitkannya dengan penyebaran ajaran sesat.
Mengenai tuduhan mengajar agama tanpa tauliah, ‘Tok Belagak’ berkata, ketika diserbu dia tidak mengajar ilmu agama, sebaliknya sedang mengajar beberapa peserta kursus yang datang dari seluruh negara mengenai rawatan tradisional Islam.
“Hanya kerana saya mengamalkan perubatan tradisional menggunakan ayat al-Quran, pihak berkuasa menyatakan saya juga perlu mendapatkan permit yang sah sedangkan kesemua pusat rawatan tradisional Islam tidak mempunyai permit. Mengapa hanya premis saya yang diserbu?” soalnya.
Untuk membersihkan namanya, ‘Tok Belagak’ yang mendakwa mempunyai Ijazah Kejuruteraan Petroleum dan Gas Asli dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, peguamnya telah memfailkan saman fitnah terhadap sebuah akhbar tempatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei lalu.

Pada hari Sabtu 30-7-2011, Pusat Rawatan Darul Saka di Kota Kemuning telah mengadakan kursus ‘Seminar Perawat Cemerlang 2011’, kursus asas rawatan yang diadakan di atas permintaan orang-ramai dan bekas pesakit yang berminat. Matlamat dan sasaran utama yang ingin ditekankan dalam kursus ini adalah pemurnian aqidah melalui rawatan dengan mendedahkan peserta kepada gaya dan corak rawatan yang mentauhidkan Allah swt serta untuk menimbulkan keyakinan dalam diri peserta bahawa ‘Tiada yang memberi mudarat dan manfaat kecuali dengan izin Allah swt jua…’

Namun kelancaran kursus ini telah terganggu apabila Darul Saka telah diserbu dengan tiba-tiba oleh pihak JAIS dan pihak media yang mewakili pelbagai agensi berita nasional. Pihak JAIS mengeluarkan alasan bahawa mereka bertindak di atas aduan ‘orang-ramai’. Pastinya pihak JAIS dan wartawan yang datang (mana polis?) berharap untuk bertemu risalah-risalah yang mengandungi jampi-serapah dan nota amalan-amalan songsang dalam modul kursus. Memandangkan tiada unsur-unsur syirik dan khurafat ada, maka Tok Belagak dikatakan mengajar agama Islam tanpa tauliah. (baca betul-betul di sini, mengajar agama Islam ya…bukan mengajar ajaran sesat dan songsang)…

Tok Belagak dan isterinya, serta beberapa orang AJK kursus dan peserta telah dibawa pihak JAIS ke ibupejabat JAIS untuk diambil keterangan dan kemudiannya dibenarkan pulang dengan jaminan mulut. Pada hari Rabu baru-baru ini kesemua yang terlibat telah menjalani sesi soal-jawab dengan pihak JAIS. Darul Saka pula mengambil kesempatan untuk memohon pendaftaran dan tauliah dari pihak JAIS supaya perkara seperti tidak berulang kembali.

Pada masyarakat setempat, berita yang tersiar mengatakan Tok Belagak telah ditangkap mengajar agama Islam tanpa tauliah. Pihak media pula melalui taktik halus ala-zionist, dengan penggunaan perkataan ‘CEKUP’, ‘TUMPAS’ dan ‘SESAT’ telah ‘menjatuhkan hukuman’ bahawa Darul Saka bersalah menyebarkan ajaran sesat…

Darul Saka hanyalah sebuah pusat rawatan Islam yg kecil. Di Selangor ada ramai lagi perawat dan pusat rawatan yang tidak bertauliah, tetapi kenapa Darul Saka yang menjadi tumpuan? Sebelum ini, sudah pelbagai cubaan untuk me-label Tok Belagak dan Pusat Rawatan Darul Saka sebagai sesat. Harian Metro pernah menyiarkan berita fitnah atau ghibah tentang Tok Belagak dan Darul Saka. Pihak Darul Saka sudah pun men-failkan saman keatas Harian Metro sebagai tindakan susulan dari berita fitnah yag tersiar itu. Sebelum ini juga sudah ada beberapa pihak tertentu yang menerbitkan blog-blog palsu di atas nama Tok Belagak dengan tujuan untuk memburukkan dan mengaibkan nama beliau. Buat makluman semua, Tok Belagak hanya ada satu blog sahaja iaitu darulsaka.blogspot.com.

Setiap malam di Darul Saka diadakan majlis aurad, tahlil, solat hajat dan bacaan yasin yang bertujuan diantaranya untuk mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan para pesakit. Pada bulan Ramadan, diadakan juga solat tarawih berjamaah. Minggu ini, aktiviti-aktiviti ini terpaksa dihentikan akibat dari tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuat laporan fitnah kepada pihak JAIS. Sakit tubuh fizikal boleh ke klinik atau ke hospital berjumpa doktor untuk berubat, hati yang sakit hasad membusuk, bagaimanakah cara rawatannya?

Bagaimanapun, syukur alhamdulillah! Besar sungguh rahmat Allah disebalik kejadian yang berlaku di Darul Saka ini…Subhanallah!

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in daily musings and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Darul Saka, Tok Belagak & Penyakit Hati Manusia

  1. Anna says:

    ALHAMDULILLAH, DARULSAKA SUDAH PUN MENANG KES SAMAN KEATAS METRO YANG MENYEBARKAN FITNAH DGN KERJASAMA JAIS DI MUKA DEPAN YANG DARULSAKA MENGAMALKAN AJARAN SESAT.

    JAIS PUN SAMA, BUAT SERBUAN PUN TAK PAKAI OTAK DULU.

    SEKARANG TERBUKTILAH BAHAWA SURATKHABAR INI DENGAN NYATA MENYEBARKAN FITNAH DAN MENGELIRUKAN MASYARAKAT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s