Kata Ibn Umar: Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini ketika pagi dan petang. HR: Abu Daud (no: 50076), Ahmad (no: 4785).
Doanya adalah:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِينِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى اللَّهُمَّ احْفَظْنِى مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِينِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِى
Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kemaafan dan keselamatan di dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan harta-bendaku. Ya Allah, tutuplah keaibanku, dan tenangkanlah rasa ketakutanku. Ya Allah, jagalah aku dari sudut hadapanku, dari sudut belakangku, sebelah kananku, sebelah kiriku, dan dari sebelah atasku. Dan aku meminta perlindungan dengan keagunganMu daripada aku terpedaya dari arah bawahku (yakni dari tertimbus ke dalam bumi).
Wah…bagus ni 🙂 TQ kak CT
Btw, asyik tukar je rupa blog kak ct baru2 ni 😛
Tapi yang sebelum ni lawa…
tq andy…more do’a and zikir to come soon, I find that so many people cari isim and tangkal they forget that semua amalan pendinding and pelindung sudah Rasulullah saw ajar. Blog appearance? Hehehe…hari tuh rasa a bit dark and gloomy plak dat’s why tukar yang ceria. But you’re right the old one’s better.
Jazakallahu Khairan Kathira, doa diatas juga merupakan salah satu dari zikir pagi dan petang yang diriwayatkan dari Rasullah SAW, sila rujuk kitab Hisnul Muslim untuk keseluruahan zikar
Saya mohon sharae ke fb yea..tkasih