Renungan Jumaat: Every Muslim is a Dai’e…Sebarkanlah Keamanan dan Kasih Sayang

Every Muslim is a dai’e…every Muslim is an activist…we must do something to help improve the social condition of mankind, we must do something to spread social justice the Islam way.

Invite others to Islam with love and wisdom…be it a single word…don’t stop reaching out to others with love.

Spreading love and peace…that’s our role no matter who we are and our social position in life.We do not need thick academic certifications and qualifications to spread love. Apa yang kita perlukan adalah hati yang ikhlas dan hati yang bersolat.

We say Islam is the Way…tetapi apa yang sudah kita lakukan untuk mempertahankan imej Islam di mata dunia? Spreading love and peace, is the greater jihad…tetapi di mana kita?

We talk about going out for jihad war…but how do we justify taking the life of a non-believer for defending his/her belief yet we make no effort to invite him/or her to Islam? How do we answer Allah swt about this?

The truth is, we Muslims have become too self-engrossed in personal needs, in racial chauvinism to look beyond ourselves…It’s time to take the rose-colored lens off our eyes…Mari melihat dengan melangkaui sempadan bangsa, kepentingan ekonomi dan politik. Mari melihat dengan melalui lensa ISLAM….

Mari kita hayati Khutbatul-Wada’…Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w…bukan setakat baca sahaja tetapi fahamilah mesej keamanan dan kasih sayang sejagat yang terkandung di dalam khutbah tersebut.

Marilah bangun dari tidur dibuai duniawi…marilah kita tunjukkan kepada dunia siapakah Umat Nabi Muhammad s.a.w itu sebenarnya.

Lupakanlah falsafah Barat yang anda junjung itu…selamilah hakikat Islam yang sebenarnya.

Hentikanlah kafir-mengkafir sesama Islam, itu hak Allah untuk menjatuhkan hukuman. Marilah kita sama-sama menegakkan Daulah Islamiyah di muka bumi ini.

Hentikan angan-angan andan dan lupuskanlah sifat chauvinistik akan kehebatan bangsa anda. Anda hebat di mata Allah bukan berdasarkan bangsa, tetapi berdasarkan keimanan dan ketaqwaan anda kepadaNya.

Kenalilah diri. Carilah CINTA di dalam diri…dunia akan jadi lebih indah dan aman jika cahaya CINTA didalam diri setiap Muslim itu bergermerlapan menerangi alam.

Ingatlah, Rasulullah s.a.w always choose peace over war, mercy over killing, love over hate…

Sebarkanlah keamanan dan kasih sayang.

Saya hanyalah seorang surirumah yang jahil, bodoh dan lemah…saya tidak ada apa-apa baik wang,  kuasa, kepandaian mahupun kehebatan ilmu….saya hanya ada hati saya, hati dan inilah sahaja yang mampu saya berikan buat Islam, agama saya, dengan harapan Allah akan jadikan hati saya ini hati yang sentiasa mengingatiNya pada setiap detik dan masa….

Kepada para sahabat, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekelian…dan anak-anak buah hati ibu…sebarkanlah keamanan dan kasih-sayang….

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud….antal Haq…hidupkanlah hati kami ini semua dengan semarak cahaya Cinta dan Kasih-sayangMu, bukalah pandangan kami agar kami sentiasa melihat dan memandang dengan kebenaran….dan selamatkanlah umat Nabi Muhammad s.a.w….amin…

Ingatlah, hanya Cinta yang sebenarnya dapat menjadikan hati anda semua seperti besi berkilat yang berkeping-keping…

Love is the nature of life, beauty is the outcome of life, harmony is the means by which life accomplishes its purpose, and the lack of it results in destruction…(HIK)

About helwa

We enter this world alone, we take our last bow from this plane of existence alone...we stood before Him alone....
This entry was posted in da'wah, tarbiyah,tazkirah, tasawwuf and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment